Wednesday, 20 June 2012

SENAMROBIK SERENTAK 1M1S 1 MALAYSIA 2012

1. Tarikh dan masa
           1.1        Tarikh : 10 Julai 2012 (Selasa)
1.2       Masa bermula senamrobik  : 8.00 pagi

2.         Tempoh Masa Senamrobik
2.1       Masa senamrobik adalah selama 35 minit.
2.2       Peserta seboleh-bolehnya hendaklah melakukan senamrobik mengikut rentak seperti yang   disediakan dalam cakera  padat.
2.3       Peserta disarankan untuk melakukan senamrobik sepenuhnya mengikut kemampuan             masing-masing.
2.4       Peserta yang kurang berkemampuan adalah disarankan untuk melakukannya mengikut kemampuan masing-masing.

3.         Penyertaan
3.1         Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi yang diertikan sebagai berikut:
3.1.1     murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah swasta);
3.1.2     guru, anggota khidmat sokongan;
3.1.3     ikon sukan; dan
3.1.4     VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi.
3.2         Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.
4.            Pelaksanaan
4.1         Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia hendaklah bermula tepat  pada jam 8.00 pagi. Atur cara yang dicadangkan di bawah adalah sebagai panduan sahaja. Sekolah boleh menyesuaikan pengisian majlis mengikut perancangan sekolah. Atur cara yang dicadangkan adalah seperti berikut:
4.2         Cadangan Atur Cara

                         6.30-7.00 pagi       : Semua Peserta Melapor Diri 
                         7.15 pagi                : Ketibaan Dif-Dif Jemputan
                                                        : Ketibaan Tetamu Kehormat
                         7.30 Pagi               : Perhimpunan rasmi sekolah
                                                        : Bacaan Doa
                                                        : Bacaan Perutusan YAB Timbalan Perdana Menteri
                                                       : Gimik Pelancaran (jika Ada)
8.00 pagi                : Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia
                                 bermula                        
                       10.00 pagi               : P & P bermula atau sebaik sahaja tamatnya sesi  
                                                         Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia

5.            Tempat Senamrobik (keselamatan hendaklah diutamakan)
5.1       Padang sekolah / IPGM / Matrikulasi;
5.2       Kawasan lapang; atau
5.3       Tempat senamrobik yang sesuai dan selamat.



No comments:

Post a Comment